Hakikatnya, apa pun yang kita buat, cemerlang gemilang mcmana pun, manusia memang takkan pernah bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia tetap nak lebih dari apa yang dia ada, tetap nak lebih dari orang lain. Manusia takkan pernah nampak siapa yang ada tiap masa. Bila kau selalu jadi pilihan terakhir, sedangkan kau jadikan dia sentiasa yang terawal. Kau rasa?
Nak tengok siapa yang paling patut kau letak teratas senang. Tengok masa kau sakit - siapa yang paling risau, siapa yang sanggup jaga tak kira waktu, siapa yang datang melawat kau tanpa alasan, siapa yang sanggup buat apa je untuk kau time tu. Semua2 ni kalau ada, they're worth keeping for. Setakat nak carik orang yang cakap kesian, tu bersepah. Semua orang boleh cakap. Tapi above all of this, still kau kena bersyukur dgn apa and siapa yang kau ada
Biasalah.. manusia.. Mana nak hargai benda yang dah ada depan mata. Lagi2 kalau yang tahu benda tu memang takkan hilang dari kita. Tak apa lah. Mungkin masa kau ada ni dia tak rasa yang kau ada, sebab kau memang sentiasa ada. Tapi jangan buat dia rasa apa yang kau rasa. Biar dia sendiri tahu apa rasa bila kau hilang tiba2. Nanti bila dah tak ada baru mula mencari bagai nak gila.
Nak cerita pasal menghargai dgn bersyukur ni, payah. Sebab kita manusia memang tak ada yang sempurna. Tapi bila pelan2 kita didik diri kita, insyaAllah menjadi. Asalkan kita menghargai orang dan benda yang betul, bersyukur dekat Allah sentiasa,
Kadang2 dengan manusia ni kau takboleh berusaha kuat sangat. Sekuat mana pun lah kau berusaha, tapi kalau memang dia tak heran dengan kau, usaha kau tu macam angin lalu je dia pandang. Takde bawa kesan apa pun dekat dia,
"The more we realize, the more we are grateful of what we have. Alhamdulillah" :)
No comments:
Post a Comment